Friday 27 January 2012

Kisah kita

redup matanya memandangku
seakan-akan mahu membicarakan sesuatu
aku langsung tidak mengerti renungannya itu
kerna aku bukan seorang pentafsir yang baik

Petang itu
Dia berubah perwatakannya
berbeza dari yang ku kenal dulu
aku seakan-akan terasa jauh dari dirinya

di hening yang subuh
aku terjumpa sekeping surat di muka pintu
Terduduk aku pabila membaca kandungannya
air mataku menitis laju
sesungguhnya aku tidak bersedia ditinggalkan

Memang dia pergi meninggalkan aku
dia mahu terbang jauh mencari erti kehidupan
dia terpaksa meninggalkan aku 
Dia sayangkan aku
tapi sayangnya dia tidak mampu membahagiakan aku
katanya aku berhak mendapat insan yang lebih baik
yang lebih mampu menjagaku sebaik mungkin

kejamnya kau!
kau tinggalkan aku dengan hanya mengirim sekeping warkah buat tatapanku
seandainya kau berbicara sendiri akan keputusanmu itu
mungkin aku tidak terlalu terluka

pergilah kau..
aku mampu kirimkan doa untuk kebahagiaanmu
semoga kau menemui erti kehidupan yang kau inginkan..

1 comment:

  1. percubaan pertamaku dalam menghasilkan puisi..
    masterpiece!!
    tinggalkn komen anda supaya sya dpat improve lg..

    ReplyDelete