Thursday 10 May 2012

korea bahagia satu

assalamualakikum...angd hye everbody..tiba-tiba je rase nk story wal biskut marie sesuatu....aq teringin sesangat-sangat la nk pergi korea...hahaha..virus k-pop lewr ni weyh...klu boleh kan...nk smbung blajar kt sana...wowo...boleh ke,wahai ungu violet oiiiii?????hukhukhuk...




cantiknya susunan pokok-pokok ni....pulau nami memang cantik...







Padlock love yg trdpt di menara seoul nieyh sbenarnya ada beribu-ribu jumlah dya dn dipasang oleh pasangan yang kaple...menurut cerita yg aku dgr,kalau diorang 'break' ,diorang kena buka padlock tu sbagai tnda yg diorang tu dh putus..gila kut nk cri padlock tu blik..bknnya skit padlock yg ada kt situ...cri hri ni alamatnya malam raya thun depan bru jumpe kowt..hehehehe...



nantio aku smbuing len k...gotta go....

Friday 27 April 2012

Hello everbody...Opsss...lupa...assalamualaikum and annyunghaseyo....waaaa..lama daa x aktif blog....nk kta busy x..tpi mlass jerkkk....hehehe...aq hrap sgt thn ni aq trpilih jdi pngawas..entahlah nk ckp...klu de rezeki ada lewr...tpi klu x de,x pe lah..acece..ayat pasrah dh ni...thn ni dh naik form 4...subjek mkin susah...agak-agaknyer la kn..urmmm...aq bleyh skor straight A x dlm SPM?hahaha...nervous pula rsanya....skejap aje msa belalu..dh nk msuk bln 5....huhuhu...







Have A Faith!!!
Aza-aza fighting!!!!!!!!!


Thursday 23 February 2012

cita-cita&impian kiterrrr

Assalamualaikum..korang msti ada cita-cita&impian kan?kan?kan?
hahaha....aku juz nk storry morrry bukan biskut marie ye...pasal cita-cita aku dri kecil...hihihihi...
Masa umur 5 tahun kowt..klu x silap la...sya nux jdi polis..hahaha..semua tu sbb tgk citer movie gerak khas la....sampai gitu derhhhh..bila dah darjah enam,nk jdi doktor pulak...yang tu sbb tgk drama Cinta Medik..hahaha...pengaruh citer Cinta Medik tu kuat sampai la aku tingkatan tiga..hahaha...pening oiiiii...
bila dh f4,aku masuk kelas akaun..x kn msuk klas akaun nk jdi doktor kowt..tu pelik bobonar da..Aku nk jdi akauntan atau pensyarah..hahaha..tpi aq ada stu impian agy aww...iaitu nk jdi penulis novel...tu impian aq...harap-harap jdi arrr kn.....Mak aku cakap,kluw kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dan taat pada perintah-Nya,kita akan dapat capai yang apa yang kita nak...lagi satu mak aku pesan..jangan melawan cakap ibu bapa..penting aww restu kedua ibu bapa untuk berjaya...tanpa restu dari mereka,apa yg kita uat semuanya x sempurna..mcm muka yang tiada mata,kerusi yang x cukup kaki dan sewaktu serta seangkatan dengannya....hihihhihi.....panjang nya aku tlis...mcm mak nenek berleter lak rasanya..huhuhhu =_="
aku harap korang sume uatt yang terbaekk dlm hidup...jgn slah pilih jalan...nnti dh tersesat,susah nk jumpa jln keluar..klu kita uat sesuatu dengn niat yg betul dan ikhlas,apa yang kita lakukan semuanya okeyhh...
Dah tak larat menulis ni....huhu...
Assalamualaikummm dan have A Faith!!!!!!!!!!!
:)

fwenx 4 eva....













Assalamualaikummm,....ariey ni saya juz nk kongshi gambar saya dan teman-teman seperjuangan saya..jika kita bijak memilih teman-teman,kita akan bahagia dengan persahabatan itu..to all,hargailah zaman remaja anda kerana ia tak kan berulang lagi!Never!
To all my beloved frenz,thnx 4 this friendship..hope we'll be fwenz forever and ever!Have a Faith!

Friday 27 January 2012

menunggumu

kau hadir tanpa ku sedari
perwatakanmu menggamit hati ini untuk mendekatimu
kau seperti sang suria yang menyinari hidupku
kau juga seperti sang bulan yang menerangi malamku

tutur bicaramu
budi pekertimu
benar-benar memikat hatiku
benar-benar membuatkan ku jatuh cinta

apakah aku ini untukmu?
apakah kau sememangnya tercipta untukku?
apakah kita sememangnya punya ikatan jodoh?

Aku mengharapkan jawapanmu
ku setia menunggu di sini
aku masih di sini

Kisah kita

redup matanya memandangku
seakan-akan mahu membicarakan sesuatu
aku langsung tidak mengerti renungannya itu
kerna aku bukan seorang pentafsir yang baik

Petang itu
Dia berubah perwatakannya
berbeza dari yang ku kenal dulu
aku seakan-akan terasa jauh dari dirinya

di hening yang subuh
aku terjumpa sekeping surat di muka pintu
Terduduk aku pabila membaca kandungannya
air mataku menitis laju
sesungguhnya aku tidak bersedia ditinggalkan

Memang dia pergi meninggalkan aku
dia mahu terbang jauh mencari erti kehidupan
dia terpaksa meninggalkan aku 
Dia sayangkan aku
tapi sayangnya dia tidak mampu membahagiakan aku
katanya aku berhak mendapat insan yang lebih baik
yang lebih mampu menjagaku sebaik mungkin

kejamnya kau!
kau tinggalkan aku dengan hanya mengirim sekeping warkah buat tatapanku
seandainya kau berbicara sendiri akan keputusanmu itu
mungkin aku tidak terlalu terluka

pergilah kau..
aku mampu kirimkan doa untuk kebahagiaanmu
semoga kau menemui erti kehidupan yang kau inginkan..

cerpen-takdir cinta kita



Hujan yang renyai-renyai mengingatkan aku kepada satu memori yang mungkin tak dapat ku lupakan sampai ke akhir hayatku.Dalam kedinginan tubuh dibasahi hujan,kami bertemu ..Dan dalam kedinginan hujan kami berpisah..bukan untuk seketika tetapi buat selama-lamanya..Pergi tiada kepulangan lagi.Aku terlalu sayangkan dia.
Ingatanku kembali ke zaman silam…

Hujan yang lebat membuatku seluruh tubuhku termasuklah barangan dapur yang dibeli tadi basah.Adoii..apa la nasib..Sudah lah baju habis basah,payungku terbang akibat angin kuat tadi..Mahu tak mahu redah sajalah hujan ni..Grrr…Dalam kedinginan sebegini,sudah tentulah menggeletar satu badan menahan sejuk..
“Makkkk!!!”…Aku menjerit kuat kerana berlanggar dengan seseorang..Dahlah bersepai habis barang-barang dapur..Adoiii..
“Cik okey ke?”Tanya lelaki itu..Lelaki?Patut la sakit pun..Lelaki yang aku langgar rupanya..huhuhu…
“Saya okey..Maafkan saya sebab langgar awak” aku meminta maaf dengan sopan..Tak baik berkasar dengan orang.Pemakaianku dan keperibadianku sangat ibu bapa ku titikberatkan.Dari kecil aku diajar memakai tudung labuh dan tutur kataku dijaga..Kalau aku marah sekalipun,aku tetap menjaga tutur kata..
“Cik nak ke mana ni?Hujan lebat ni..Cik tiada payungkah?”Tanya lelaki itu lembut.
“Urmm…payung saya terbang tadi..hehehe”jawabku sambil tersengih malu..Dalam hujan yang agak lebat kami sempat berbual…Macam lucu pun ada..
“Mari saya hantarkan,cik…”
“Naziha..’’
“Sedap nama awak..Saya panggil awak Ziha boleh?Nama saya Aeman..”.
Aku tersenyum sambil mengangguk-angguk.Aeman memang kacak.Wajahnya bersih dan berseri.Dia pandai menjaga batas-batas pergaulan antara kami.Tidak hairanlah aku jatuh cinta padanya..

DUA TAHUN KEMUDIAN…

Aku bergegas lari keluar dari rumah apabila mendapat berita Aeman mengalami demam panas yang teruk.Di pertengahan jalan aku terlihat Aeman terbaring dengan nafas tercungap-cungap.Aku memangku kepalanya..Dalam hujan renyai-renyai,aku memandang wajahnya sayu..Air mataku mengalir tanpa dapat ku menahan.Bibirnya bergerak-gerak seolah-olah mahu berkata sesuatu.Aku mendekatkan telingaku ke bibirnya.
“Ja..ga..di..ri baik..baik..sa..ya..sa..yang..kan..a..wa..k”terketar-ketar bibir Aeman menyebut..Aku menggeleng-gelengkan kepala..Ya Allah..benarkah aku akan kehilangan dia..
“Mengucap,Aeman..”dalam tangisan,aku mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah..Bibirnya bergerak-gerak mengikut aku mengucap sama..Matanya tertutup rapat.Nampak tenang sekali wajahnya..Aku meraup wajahku tidak percaya.Hujan yang hanya renyai tadi mula lebat.Selebat air mata yang mengalir di pipiku..

“Ziha,apa yang kamu menungkan tu?Cepat pakai baju pengantin tu.Nanti Kak Idah kamu nak mekapkan kamu..”.Suara ibuku,Puan Azlina mengejutkanku dari lamunan.Aku menekup wajahku.Ya Allah..Macam mana aku boleh lupa hari ni hari perkahwinanku?Aku ketawa kecil.Setelah setahun pemergian Aeman,aku menerima pinangan dari seorang anak kenalan ibuku.Aku menerima pinangan setelah dinasihati panjang lebar oleh ibuku.Katanya usiaku dah menjangkau 26 tahun dan aku tinggal jauh darinya.Aku dengan rela hati+separuh terpaksa menerima.Dan aku hanya mengenali bakal suamiku ketika mengikuti kursus kahwin.,Namanya Aeman jugak..Tapi Aeman Zafrill.Aeman yang aku kenal dulu Aeman Ridzwan.Hahaha..Agaknya jodohku dengan orang yang bernama Aeman.Aku meletakkan syarat dalam perkahwinan ini.Aku meminta Zafrill memahami kerjayaku sebagai doktor.Dia juga meminta benda yang sama.Memahami kerjayanya sebagai arkitek.Aku juga bersetuju tanpa sebarang masalah.
“Ziha…Ummi kata tukar baju tu cepat..Budak bertuah tul..Boleh pula dia termenung dekat situ.Cepat la Ziha oii..Kejap lagi nak pergi masjid..Kamu ni kan nak kena tunggu Ummi membebel dulu baru nak bersiap.Naziha sayang,pergi bersiap”Bebel Puan Azlina.Anak sulungya itu selalu begitu.Kena membebel dulu baru nak bergerak..
“Baiklah,ummi….”Jawabku malas.Sesudah aku memakai baju perkahwinanku,Kak Idah terus mencalit mukaku dengan  bedak dan segala-gala yang sewaktu dengannya.Aku rimas tetapi ni arahan ummi yang tak mahu tengok mukaku ketara tanpa sebarang bedak.Aku dengan paksa relanya pakai jugak…huhuhu.Nasib la…

Setahun Kemudian…
Makkkkkk!!!!!!!!!!
Pecah habis la suara Cik Naziha dek pekikannya yang macam halilintar tu..Zafrill ketawa mengekek-ngekek.Seronok benor pak cik ni tengok Cik Naziha marah-marah..
“Aeman Zafrill!!!!!!!!”jerit Naziha kuat…huhuhu..Kena telan ubat panadol 10 biji la macam ni,,,Heiii..Sabor je la…Ada ke patut dia baling kat muka aku ni dengan tepung gandum..Muka aku ni dah cukup putih tau?Aisehhh…Perasan la pulakk….
“Putihnya my lovely wife ni…Macam…macam…macam kucing parsi yang putih gebu tu…ngusik Zafrill lagi.Naziha menjeling geram..Karate kang..Memang nakal betul la dia ni..Aisehh..Nakalnya suamiku ini.Tetapi kenakalannya membuatkan aku jatuh hati.Semasa awal perkahwinan,aku bersikap dingin sekali terhadap dia.Tetapi dia sabar melayan kerenahku.Dan semasa dia bercadang nak membawaku ke Seoul,Korea Selatan,aku membantah habis-habisan.Aku berkeras hati kerana aku takut aku jatuh cinta padanya.Namun bila dia memujuk,aku mengalah.Di sana,kami banyak meluangkan masa bersama.Dia sungguh penyayang.Aku betul-betul jatuh cinta.
“Apa sayang menungkan tu?Sayang nak pergi melawat kubur Aeman ke?”Tanya Zafrill.Aku memandang wajahnya.Redup mataku memandang wajahnya.Sungguh aku sangat sayangkan dia.Dia teristimewa di hatiku.Aku memeluk tubuhnya erat.
“Abang,terima kasih kerana sudi terima sayang dalam hidup abang.Sayang akan mencintai abang setulus hati sayang.”ucapku perlahan.Zafrill mengusap ubun-ubunku dengan penuh kasih sayang.
“Abang pun sama sayang.Abang jatuh cinta semasa kali pertama terpandangkan sayang.Keayuan sayang dan budi bahasa sayang memikat hati abang.Sayang pergi bersiap ye.Kita pergi melawat kubur Aeman.”balas Zafrill dengan penuh romantis.


“Assalamualaikum,Aeman.Ni saya,Ziha..Saya datang dengan husband saya,Zafrill.”
Zafrill memandang wajah isterinya dengan sebak.Dia hanya mendengar setiap patah butir bicara isterinya.
“Aeman,kehilangan awak membuatkan saya hampir putus asa dalam mencari cinta.Awak membuatkan saya kenal erti cinta.Awak pergi menghadap Ilahi di depan mata saya dan di atas pangkuan saya.Perit sekali nak menerima dan itulah hakikat yang saya terpaksa terima.Awak pernah beritahu saya yang setiap apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.Saya terima takdir itu seikhlas hati saya dan akhirnya saya bertemu jodoh dengan Zafrill walaupun pada mulanya atas dasar terpaksa.Nama dia Aeman Zafrill.Aeman jugak kan?Dia sabar dengan saya pada awal perkahwinan kami.Dan kesabarannya dan juga kenakalannya membuatkan saya jatuh cinta.Alhamdullilah kan?Aeman,saya balik dulu…Nanti saya datang lagi..”panjang luahan hati Naziha.Air mata yang mengalir diseka perlahan.Naziha beredar ke kereta meninggalkan Zafrill.
“Aeman,saya berjanji akan menjaga Naziha demi awak..”.Itu saja yang mampu diucapkan Zafrill..Dia bertekad menjaga Naziha dan mempertahankan rumahtangga mereka sebaik mungkin.

“Zafrill,apa semua ni?Siapa perempuan tu?Tell me now”jerkah Naziha kuat.10 keping gambar di lemparkan ke muka Zafrill.Zafril terkedu melihat gambar itu.Zureen??Ini gambar aku kat Sydney masa pergi kursus hari tu.Sapa punye kerja ni memandai edit gambar aku dengan Zureen ni supaya nampak mesra alam yang tak berapa nak mesra ni.Zureen tu anak susuan mama,leter Zafrill dalam hati.
“Ziha,tu semua tak betul la..Zureen tu anak susuan mama and itu bermakna dia adik susuan saya.Saya dengan dia muhrim..Kalau awak tak percaya,Tanya la mama sendiri.Jangan nak tuduh saya sesuka hati ya?”balas Zafrill agak bengang.Naziha tertunduk.Dia seaka-akan hilang pertimbangan tadi.Terasa berdosa kerana meninggikan suara sebentar tadi.Ya Allah..kenapa dengan aku ni?
“Saya minta maaf abang..Saya tak tahu apa yang meracuni fikiran saya tadi..
“Abang tahu siapa punya angkara ni..”
“Siapa?”
“Ikhmal..Musuh ketat abang dari university.Beberapa hari sebelum kita bernikah,dia datang marah-marah abang.Rupa-rupanya dia juga minat kat sayang.Tapi abang yang terlebih dahulu meminang sayang.Jadi sebab tu la dia hantar gambar tu supaya kita bergaduh.”jelas Zafrill tenang.
“Macam mana abang boleh agak yang Ikhmal buat semua tu?Sayang tak kenal siapa Ikhmal tu..”omel Naziha.
“Dulu dia pernah kata yang dia akan buat sayang curiga kat abang.Dari situ abang boleh agak yang semua tu dia punya angkara.Ikhmal tu dua pupu sayang la.Mungkin sayang tak kenal dengan dia sebab dia selalu datang masa majlis kenduri saja.Dia tinggal di Australia”jelas Zafrill lagi.
“Abang,Ziha harap jodoh kita akan berkekalan..Kita ditakdirkan bercinta selepas kahwin..Tetapi itu lebih manis dan insya-Allah akan berkekalan”ucap Naziha tulus.
“Selagi nyawa abang tidak bercerai dari badan,abang akan sedaya upaya menjaga sayang.”Ucapan yang lahir dari mulut Zafrill itu membuatkan Naziha memeluknya erat.
“Ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan ini di dunia dan dia akhirat..”doa Nazihah dalam hati.

        -tamat sudaaa-