Friday 27 January 2012

cerpen-takdir cinta kita



Hujan yang renyai-renyai mengingatkan aku kepada satu memori yang mungkin tak dapat ku lupakan sampai ke akhir hayatku.Dalam kedinginan tubuh dibasahi hujan,kami bertemu ..Dan dalam kedinginan hujan kami berpisah..bukan untuk seketika tetapi buat selama-lamanya..Pergi tiada kepulangan lagi.Aku terlalu sayangkan dia.
Ingatanku kembali ke zaman silam…

Hujan yang lebat membuatku seluruh tubuhku termasuklah barangan dapur yang dibeli tadi basah.Adoii..apa la nasib..Sudah lah baju habis basah,payungku terbang akibat angin kuat tadi..Mahu tak mahu redah sajalah hujan ni..Grrr…Dalam kedinginan sebegini,sudah tentulah menggeletar satu badan menahan sejuk..
“Makkkk!!!”…Aku menjerit kuat kerana berlanggar dengan seseorang..Dahlah bersepai habis barang-barang dapur..Adoiii..
“Cik okey ke?”Tanya lelaki itu..Lelaki?Patut la sakit pun..Lelaki yang aku langgar rupanya..huhuhu…
“Saya okey..Maafkan saya sebab langgar awak” aku meminta maaf dengan sopan..Tak baik berkasar dengan orang.Pemakaianku dan keperibadianku sangat ibu bapa ku titikberatkan.Dari kecil aku diajar memakai tudung labuh dan tutur kataku dijaga..Kalau aku marah sekalipun,aku tetap menjaga tutur kata..
“Cik nak ke mana ni?Hujan lebat ni..Cik tiada payungkah?”Tanya lelaki itu lembut.
“Urmm…payung saya terbang tadi..hehehe”jawabku sambil tersengih malu..Dalam hujan yang agak lebat kami sempat berbual…Macam lucu pun ada..
“Mari saya hantarkan,cik…”
“Naziha..’’
“Sedap nama awak..Saya panggil awak Ziha boleh?Nama saya Aeman..”.
Aku tersenyum sambil mengangguk-angguk.Aeman memang kacak.Wajahnya bersih dan berseri.Dia pandai menjaga batas-batas pergaulan antara kami.Tidak hairanlah aku jatuh cinta padanya..

DUA TAHUN KEMUDIAN…

Aku bergegas lari keluar dari rumah apabila mendapat berita Aeman mengalami demam panas yang teruk.Di pertengahan jalan aku terlihat Aeman terbaring dengan nafas tercungap-cungap.Aku memangku kepalanya..Dalam hujan renyai-renyai,aku memandang wajahnya sayu..Air mataku mengalir tanpa dapat ku menahan.Bibirnya bergerak-gerak seolah-olah mahu berkata sesuatu.Aku mendekatkan telingaku ke bibirnya.
“Ja..ga..di..ri baik..baik..sa..ya..sa..yang..kan..a..wa..k”terketar-ketar bibir Aeman menyebut..Aku menggeleng-gelengkan kepala..Ya Allah..benarkah aku akan kehilangan dia..
“Mengucap,Aeman..”dalam tangisan,aku mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah..Bibirnya bergerak-gerak mengikut aku mengucap sama..Matanya tertutup rapat.Nampak tenang sekali wajahnya..Aku meraup wajahku tidak percaya.Hujan yang hanya renyai tadi mula lebat.Selebat air mata yang mengalir di pipiku..

“Ziha,apa yang kamu menungkan tu?Cepat pakai baju pengantin tu.Nanti Kak Idah kamu nak mekapkan kamu..”.Suara ibuku,Puan Azlina mengejutkanku dari lamunan.Aku menekup wajahku.Ya Allah..Macam mana aku boleh lupa hari ni hari perkahwinanku?Aku ketawa kecil.Setelah setahun pemergian Aeman,aku menerima pinangan dari seorang anak kenalan ibuku.Aku menerima pinangan setelah dinasihati panjang lebar oleh ibuku.Katanya usiaku dah menjangkau 26 tahun dan aku tinggal jauh darinya.Aku dengan rela hati+separuh terpaksa menerima.Dan aku hanya mengenali bakal suamiku ketika mengikuti kursus kahwin.,Namanya Aeman jugak..Tapi Aeman Zafrill.Aeman yang aku kenal dulu Aeman Ridzwan.Hahaha..Agaknya jodohku dengan orang yang bernama Aeman.Aku meletakkan syarat dalam perkahwinan ini.Aku meminta Zafrill memahami kerjayaku sebagai doktor.Dia juga meminta benda yang sama.Memahami kerjayanya sebagai arkitek.Aku juga bersetuju tanpa sebarang masalah.
“Ziha…Ummi kata tukar baju tu cepat..Budak bertuah tul..Boleh pula dia termenung dekat situ.Cepat la Ziha oii..Kejap lagi nak pergi masjid..Kamu ni kan nak kena tunggu Ummi membebel dulu baru nak bersiap.Naziha sayang,pergi bersiap”Bebel Puan Azlina.Anak sulungya itu selalu begitu.Kena membebel dulu baru nak bergerak..
“Baiklah,ummi….”Jawabku malas.Sesudah aku memakai baju perkahwinanku,Kak Idah terus mencalit mukaku dengan  bedak dan segala-gala yang sewaktu dengannya.Aku rimas tetapi ni arahan ummi yang tak mahu tengok mukaku ketara tanpa sebarang bedak.Aku dengan paksa relanya pakai jugak…huhuhu.Nasib la…

Setahun Kemudian…
Makkkkkk!!!!!!!!!!
Pecah habis la suara Cik Naziha dek pekikannya yang macam halilintar tu..Zafrill ketawa mengekek-ngekek.Seronok benor pak cik ni tengok Cik Naziha marah-marah..
“Aeman Zafrill!!!!!!!!”jerit Naziha kuat…huhuhu..Kena telan ubat panadol 10 biji la macam ni,,,Heiii..Sabor je la…Ada ke patut dia baling kat muka aku ni dengan tepung gandum..Muka aku ni dah cukup putih tau?Aisehhh…Perasan la pulakk….
“Putihnya my lovely wife ni…Macam…macam…macam kucing parsi yang putih gebu tu…ngusik Zafrill lagi.Naziha menjeling geram..Karate kang..Memang nakal betul la dia ni..Aisehh..Nakalnya suamiku ini.Tetapi kenakalannya membuatkan aku jatuh hati.Semasa awal perkahwinan,aku bersikap dingin sekali terhadap dia.Tetapi dia sabar melayan kerenahku.Dan semasa dia bercadang nak membawaku ke Seoul,Korea Selatan,aku membantah habis-habisan.Aku berkeras hati kerana aku takut aku jatuh cinta padanya.Namun bila dia memujuk,aku mengalah.Di sana,kami banyak meluangkan masa bersama.Dia sungguh penyayang.Aku betul-betul jatuh cinta.
“Apa sayang menungkan tu?Sayang nak pergi melawat kubur Aeman ke?”Tanya Zafrill.Aku memandang wajahnya.Redup mataku memandang wajahnya.Sungguh aku sangat sayangkan dia.Dia teristimewa di hatiku.Aku memeluk tubuhnya erat.
“Abang,terima kasih kerana sudi terima sayang dalam hidup abang.Sayang akan mencintai abang setulus hati sayang.”ucapku perlahan.Zafrill mengusap ubun-ubunku dengan penuh kasih sayang.
“Abang pun sama sayang.Abang jatuh cinta semasa kali pertama terpandangkan sayang.Keayuan sayang dan budi bahasa sayang memikat hati abang.Sayang pergi bersiap ye.Kita pergi melawat kubur Aeman.”balas Zafrill dengan penuh romantis.


“Assalamualaikum,Aeman.Ni saya,Ziha..Saya datang dengan husband saya,Zafrill.”
Zafrill memandang wajah isterinya dengan sebak.Dia hanya mendengar setiap patah butir bicara isterinya.
“Aeman,kehilangan awak membuatkan saya hampir putus asa dalam mencari cinta.Awak membuatkan saya kenal erti cinta.Awak pergi menghadap Ilahi di depan mata saya dan di atas pangkuan saya.Perit sekali nak menerima dan itulah hakikat yang saya terpaksa terima.Awak pernah beritahu saya yang setiap apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.Saya terima takdir itu seikhlas hati saya dan akhirnya saya bertemu jodoh dengan Zafrill walaupun pada mulanya atas dasar terpaksa.Nama dia Aeman Zafrill.Aeman jugak kan?Dia sabar dengan saya pada awal perkahwinan kami.Dan kesabarannya dan juga kenakalannya membuatkan saya jatuh cinta.Alhamdullilah kan?Aeman,saya balik dulu…Nanti saya datang lagi..”panjang luahan hati Naziha.Air mata yang mengalir diseka perlahan.Naziha beredar ke kereta meninggalkan Zafrill.
“Aeman,saya berjanji akan menjaga Naziha demi awak..”.Itu saja yang mampu diucapkan Zafrill..Dia bertekad menjaga Naziha dan mempertahankan rumahtangga mereka sebaik mungkin.

“Zafrill,apa semua ni?Siapa perempuan tu?Tell me now”jerkah Naziha kuat.10 keping gambar di lemparkan ke muka Zafrill.Zafril terkedu melihat gambar itu.Zureen??Ini gambar aku kat Sydney masa pergi kursus hari tu.Sapa punye kerja ni memandai edit gambar aku dengan Zureen ni supaya nampak mesra alam yang tak berapa nak mesra ni.Zureen tu anak susuan mama,leter Zafrill dalam hati.
“Ziha,tu semua tak betul la..Zureen tu anak susuan mama and itu bermakna dia adik susuan saya.Saya dengan dia muhrim..Kalau awak tak percaya,Tanya la mama sendiri.Jangan nak tuduh saya sesuka hati ya?”balas Zafrill agak bengang.Naziha tertunduk.Dia seaka-akan hilang pertimbangan tadi.Terasa berdosa kerana meninggikan suara sebentar tadi.Ya Allah..kenapa dengan aku ni?
“Saya minta maaf abang..Saya tak tahu apa yang meracuni fikiran saya tadi..
“Abang tahu siapa punya angkara ni..”
“Siapa?”
“Ikhmal..Musuh ketat abang dari university.Beberapa hari sebelum kita bernikah,dia datang marah-marah abang.Rupa-rupanya dia juga minat kat sayang.Tapi abang yang terlebih dahulu meminang sayang.Jadi sebab tu la dia hantar gambar tu supaya kita bergaduh.”jelas Zafrill tenang.
“Macam mana abang boleh agak yang Ikhmal buat semua tu?Sayang tak kenal siapa Ikhmal tu..”omel Naziha.
“Dulu dia pernah kata yang dia akan buat sayang curiga kat abang.Dari situ abang boleh agak yang semua tu dia punya angkara.Ikhmal tu dua pupu sayang la.Mungkin sayang tak kenal dengan dia sebab dia selalu datang masa majlis kenduri saja.Dia tinggal di Australia”jelas Zafrill lagi.
“Abang,Ziha harap jodoh kita akan berkekalan..Kita ditakdirkan bercinta selepas kahwin..Tetapi itu lebih manis dan insya-Allah akan berkekalan”ucap Naziha tulus.
“Selagi nyawa abang tidak bercerai dari badan,abang akan sedaya upaya menjaga sayang.”Ucapan yang lahir dari mulut Zafrill itu membuatkan Naziha memeluknya erat.
“Ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan ini di dunia dan dia akhirat..”doa Nazihah dalam hati.

        -tamat sudaaa-

4 comments:

  1. tolong komen ya...nanti bleyh improve n try hasilkan cerpen yang lebih baik...tq..

    ReplyDelete
  2. great!
    hawat tak promote blog unx?

    ReplyDelete
  3. pandainyaa :) kalau hampa promote boleh jadi top :p Ampa banyak Idea ^.^

    ReplyDelete