Hujan yang renyai-renyai mengingatkan aku kepada
satu memori yang mungkin tak dapat ku lupakan sampai ke akhir hayatku.Dalam
kedinginan tubuh dibasahi hujan,kami bertemu ..Dan dalam kedinginan hujan kami berpisah..bukan
untuk seketika tetapi buat selama-lamanya..Pergi tiada kepulangan lagi.Aku
terlalu sayangkan dia.
Ingatanku kembali ke zaman silam…
Hujan yang lebat membuatku seluruh tubuhku
termasuklah barangan dapur yang dibeli tadi basah.Adoii..apa la nasib..Sudah
lah baju habis basah,payungku terbang akibat angin kuat tadi..Mahu tak mahu
redah sajalah hujan ni..Grrr…Dalam kedinginan sebegini,sudah tentulah
menggeletar satu badan menahan sejuk..
“Makkkk!!!”…Aku menjerit kuat kerana berlanggar
dengan seseorang..Dahlah bersepai habis barang-barang dapur..Adoiii..
“Cik okey ke?”Tanya lelaki itu..Lelaki?Patut la
sakit pun..Lelaki yang aku langgar rupanya..huhuhu…
“Saya okey..Maafkan saya sebab langgar awak” aku
meminta maaf dengan sopan..Tak baik berkasar dengan orang.Pemakaianku dan
keperibadianku sangat ibu bapa ku titikberatkan.Dari kecil aku diajar memakai
tudung labuh dan tutur kataku dijaga..Kalau aku marah sekalipun,aku tetap
menjaga tutur kata..
“Cik nak ke mana ni?Hujan lebat ni..Cik tiada
payungkah?”Tanya lelaki itu lembut.
“Urmm…payung saya terbang tadi..hehehe”jawabku
sambil tersengih malu..Dalam hujan yang agak lebat kami sempat berbual…Macam
lucu pun ada..
“Mari saya hantarkan,cik…”
“Naziha..’’
“Sedap nama awak..Saya panggil awak Ziha boleh?Nama saya
Aeman..”.
Aku tersenyum sambil mengangguk-angguk.Aeman memang
kacak.Wajahnya bersih dan berseri.Dia pandai menjaga batas-batas pergaulan
antara kami.Tidak hairanlah aku jatuh cinta padanya..
DUA TAHUN KEMUDIAN…
Aku bergegas lari keluar dari rumah apabila mendapat
berita Aeman mengalami demam panas yang teruk.Di pertengahan jalan aku terlihat
Aeman terbaring dengan nafas tercungap-cungap.Aku memangku kepalanya..Dalam
hujan renyai-renyai,aku memandang wajahnya sayu..Air mataku mengalir tanpa
dapat ku menahan.Bibirnya bergerak-gerak seolah-olah mahu berkata sesuatu.Aku
mendekatkan telingaku ke bibirnya.
“Ja..ga..di..ri
baik..baik..sa..ya..sa..yang..kan..a..wa..k”terketar-ketar bibir Aeman
menyebut..Aku menggeleng-gelengkan kepala..Ya Allah..benarkah aku akan
kehilangan dia..
“Mengucap,Aeman..”dalam tangisan,aku mengajar dia
mengucap dua kalimah syahadah..Bibirnya bergerak-gerak mengikut aku mengucap
sama..Matanya tertutup rapat.Nampak tenang sekali wajahnya..Aku meraup wajahku
tidak percaya.Hujan yang hanya renyai tadi mula lebat.Selebat air mata yang
mengalir di pipiku..
“Ziha,apa yang kamu menungkan tu?Cepat pakai baju
pengantin tu.Nanti Kak Idah kamu nak mekapkan kamu..”.Suara ibuku,Puan Azlina
mengejutkanku dari lamunan.Aku menekup wajahku.Ya Allah..Macam mana aku boleh
lupa hari ni hari perkahwinanku?Aku ketawa kecil.Setelah setahun pemergian
Aeman,aku menerima pinangan dari seorang anak kenalan ibuku.Aku menerima
pinangan setelah dinasihati panjang lebar oleh ibuku.Katanya usiaku dah
menjangkau 26 tahun dan aku tinggal jauh darinya.Aku dengan rela hati+separuh
terpaksa menerima.Dan aku hanya mengenali bakal suamiku ketika mengikuti kursus
kahwin.,Namanya Aeman jugak..Tapi Aeman Zafrill.Aeman yang aku kenal dulu Aeman
Ridzwan.Hahaha..Agaknya jodohku dengan orang yang bernama Aeman.Aku meletakkan
syarat dalam perkahwinan ini.Aku meminta Zafrill memahami kerjayaku sebagai
doktor.Dia juga meminta benda yang sama.Memahami kerjayanya sebagai arkitek.Aku
juga bersetuju tanpa sebarang masalah.
“Ziha…Ummi kata tukar baju tu cepat..Budak bertuah
tul..Boleh pula dia termenung dekat situ.Cepat la Ziha oii..Kejap lagi nak
pergi masjid..Kamu ni kan nak kena tunggu Ummi membebel dulu baru nak
bersiap.Naziha sayang,pergi bersiap”Bebel Puan Azlina.Anak sulungya itu selalu
begitu.Kena membebel dulu baru nak bergerak..
“Baiklah,ummi….”Jawabku malas.Sesudah aku memakai
baju perkahwinanku,Kak Idah terus mencalit mukaku dengan bedak dan segala-gala yang sewaktu
dengannya.Aku rimas tetapi ni arahan ummi yang tak mahu tengok mukaku ketara
tanpa sebarang bedak.Aku dengan paksa relanya pakai jugak…huhuhu.Nasib la…
Setahun Kemudian…
Makkkkkk!!!!!!!!!!
Pecah habis la suara Cik Naziha dek pekikannya yang
macam halilintar tu..Zafrill ketawa mengekek-ngekek.Seronok benor pak cik ni tengok
Cik Naziha marah-marah..
“Aeman Zafrill!!!!!!!!”jerit Naziha
kuat…huhuhu..Kena telan ubat panadol 10 biji la macam ni,,,Heiii..Sabor je
la…Ada ke patut dia baling kat muka aku ni dengan tepung gandum..Muka aku ni
dah cukup putih tau?Aisehhh…Perasan la pulakk….
“Putihnya my lovely wife ni…Macam…macam…macam kucing
parsi yang putih gebu tu…ngusik Zafrill lagi.Naziha menjeling geram..Karate
kang..Memang nakal betul la dia ni..Aisehh..Nakalnya suamiku ini.Tetapi
kenakalannya membuatkan aku jatuh hati.Semasa awal perkahwinan,aku bersikap
dingin sekali terhadap dia.Tetapi dia sabar melayan kerenahku.Dan semasa dia
bercadang nak membawaku ke Seoul,Korea Selatan,aku membantah habis-habisan.Aku
berkeras hati kerana aku takut aku jatuh cinta padanya.Namun bila dia
memujuk,aku mengalah.Di sana,kami banyak meluangkan masa bersama.Dia sungguh
penyayang.Aku betul-betul jatuh cinta.
“Apa sayang menungkan tu?Sayang nak pergi melawat
kubur Aeman ke?”Tanya Zafrill.Aku memandang wajahnya.Redup mataku memandang
wajahnya.Sungguh aku sangat sayangkan dia.Dia teristimewa di hatiku.Aku memeluk
tubuhnya erat.
“Abang,terima kasih kerana sudi terima sayang dalam
hidup abang.Sayang akan mencintai abang setulus hati sayang.”ucapku
perlahan.Zafrill mengusap ubun-ubunku dengan penuh kasih sayang.
“Abang pun sama sayang.Abang jatuh cinta semasa kali
pertama terpandangkan sayang.Keayuan sayang dan budi bahasa sayang memikat hati
abang.Sayang pergi bersiap ye.Kita pergi melawat kubur Aeman.”balas Zafrill
dengan penuh romantis.
“Assalamualaikum,Aeman.Ni saya,Ziha..Saya datang
dengan husband saya,Zafrill.”
Zafrill memandang wajah isterinya dengan sebak.Dia
hanya mendengar setiap patah butir bicara isterinya.
“Aeman,kehilangan awak membuatkan saya hampir putus
asa dalam mencari cinta.Awak membuatkan saya kenal erti cinta.Awak pergi
menghadap Ilahi di depan mata saya dan di atas pangkuan saya.Perit sekali nak
menerima dan itulah hakikat yang saya terpaksa terima.Awak pernah beritahu saya
yang setiap apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.Saya terima takdir itu
seikhlas hati saya dan akhirnya saya bertemu jodoh dengan Zafrill walaupun pada
mulanya atas dasar terpaksa.Nama dia Aeman Zafrill.Aeman jugak kan?Dia sabar
dengan saya pada awal perkahwinan kami.Dan kesabarannya dan juga kenakalannya
membuatkan saya jatuh cinta.Alhamdullilah kan?Aeman,saya balik dulu…Nanti saya
datang lagi..”panjang luahan hati Naziha.Air mata yang mengalir diseka
perlahan.Naziha beredar ke kereta meninggalkan Zafrill.
“Aeman,saya berjanji akan menjaga Naziha demi awak..”.Itu
saja yang mampu diucapkan Zafrill..Dia bertekad menjaga Naziha dan
mempertahankan rumahtangga mereka sebaik mungkin.
“Zafrill,apa semua ni?Siapa perempuan tu?Tell me
now”jerkah Naziha kuat.10 keping gambar di lemparkan ke muka Zafrill.Zafril
terkedu melihat gambar itu.Zureen??Ini gambar aku kat Sydney masa pergi kursus
hari tu.Sapa punye kerja ni memandai edit gambar aku dengan Zureen ni supaya
nampak mesra alam yang tak berapa nak mesra ni.Zureen tu anak susuan mama,leter
Zafrill dalam hati.
“Ziha,tu semua tak betul la..Zureen tu anak susuan
mama and itu bermakna dia adik susuan saya.Saya dengan dia muhrim..Kalau awak
tak percaya,Tanya la mama sendiri.Jangan nak tuduh saya sesuka hati ya?”balas
Zafrill agak bengang.Naziha tertunduk.Dia seaka-akan hilang pertimbangan
tadi.Terasa berdosa kerana meninggikan suara sebentar tadi.Ya Allah..kenapa
dengan aku ni?
“Saya minta maaf abang..Saya tak tahu apa yang
meracuni fikiran saya tadi..
“Abang tahu siapa punya angkara ni..”
“Siapa?”
“Ikhmal..Musuh ketat abang dari university.Beberapa
hari sebelum kita bernikah,dia datang marah-marah abang.Rupa-rupanya dia juga
minat kat sayang.Tapi abang yang terlebih dahulu meminang sayang.Jadi sebab tu
la dia hantar gambar tu supaya kita bergaduh.”jelas Zafrill tenang.
“Macam mana abang boleh agak yang Ikhmal buat semua
tu?Sayang tak kenal siapa Ikhmal tu..”omel Naziha.
“Dulu dia pernah kata yang dia akan buat sayang
curiga kat abang.Dari situ abang boleh agak yang semua tu dia punya
angkara.Ikhmal tu dua pupu sayang la.Mungkin sayang tak kenal dengan dia sebab
dia selalu datang masa majlis kenduri saja.Dia tinggal di Australia”jelas
Zafrill lagi.
“Abang,Ziha harap jodoh kita akan berkekalan..Kita
ditakdirkan bercinta selepas kahwin..Tetapi itu lebih manis dan insya-Allah akan
berkekalan”ucap Naziha tulus.
“Selagi nyawa abang tidak bercerai dari badan,abang
akan sedaya upaya menjaga sayang.”Ucapan yang lahir dari mulut Zafrill itu
membuatkan Naziha memeluknya erat.
“Ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan ini di dunia dan
dia akhirat..”doa Nazihah dalam hati.
-tamat sudaaa-
tolong komen ya...nanti bleyh improve n try hasilkan cerpen yang lebih baik...tq..
ReplyDeletegreat!
ReplyDeletehawat tak promote blog unx?
t aq promote..
ReplyDeletepandainyaa :) kalau hampa promote boleh jadi top :p Ampa banyak Idea ^.^
ReplyDelete